Followers

Sunday, March 11, 2012

otak Serabut

kadang-kadang termenung jauh melihat ke luar melihat ke dinding entah apa yang difikirkan. fikiran melayang entah ke mana. memikirkan sesuatu yang seronok dan membuatkan hati berasa gembira tetapi realiti nya sunggu berlawanan dengan apa yang difikirkan.. manusia seperti empunya blog ini sering kali terpesong dengan apa yang difikiran, apabila hendak mencari maklumat, internet digunakan dan google di taip segera tetapi apa yang hendak dicari jauh sekali apa yang ditaip itulah FACEBOOK. semakin hari empunya blog ini semakin takut akan kegagalan. Major yang diambil jauh sekali dengan apa yang terdapat di dalam diri ini tetapi minat dan cita-cita itu mendorong untuk mengambil itu sebagai cabaran..

Mungkin sekali diri ini terlupa dan terleka akan tujuan hidupnya.. seringkali terpesong dengan arus perkembangan semasa, berlagak sombong and bermegah-megah.. tetapi manusia ini tahu hendak berfikir dan cepat untuk berubah kepada manusia yang lebih baik, Mungkin orang lain memikirkan manusia ini terlalu pandai ada juga yang memikirkan "eh sangat kampung" tetapi perkara itu usah diendahkan, apa yang penting apa yang sebenarnya terdapat di dalam hidup dan diri manusia ini..

entri ini ditulis oleh empunya blog sekali sekala bahasa diutamakan dalam penulisan pada hari ini..

No comments: